hurmm.. nak cite sket psl Siti. semalam bersamaan hari ahad 17hb May 2009 Maz dah serahkan Siti pd kawan Maz, nama dia Mas. Mas ada sekor arnab jantan, nama dia Flopsy (kemain nama). Kami cadang nak kawinkan diorang. Maz mmg xde plan nak bw balik Siti so, Maz serahkan Siti utk tgl di rumah Mas. Sooner or later kena wat gak kan? so, Maz decide nak lepaskan Siti awal walaupun Maz mungkin akan balik hujung tahun. Smlm masa mula2 drg jumpa tu besa lah kan, kalo jantan jumpa betina .. hik3 ..drama hindustan err lama gak laa. pastu hujan pulak... ingat nak amik gambar.. tp masing2 tgh syok men kejar smpi lencun kena hujan.. x hengat isk isk iskkk. Nampaknya sesi fotografi terpaksa ditangguhkan. x pe nanti dah de gambar Maz upload.. Siti, harap sentiasa happy... go go go~
ok ni gambar siti dan flopsy, baru amik semalam masa g melawat siti:
ermmm..... khamis minggu lepas, laptop Maz kena curik!!! kejap jek baru guna dlm 5 bulan.. pencurik tu pecahkan tingkap bilik dan amik laptop beserta mouse sekali... Alhamdulillah dia x curik Boboi atau Siti sekali .. dah wat report polis tapi kemungkinan tu mmg 1% jek.. besa laaa pencurik mesti laa x tinggal bukti.. kesian..kesian..kesian.... sob~ sob~
haaaa.... shanteekk tak bunga ni? ni nama dia bunga tulip.. femes bunga nih... dia cantik dan tahan lama... tulip ni xde bau tp kaler2 dia mcm2 ada.. putih, merah, oren, krim, kuning... kelopak dia keras dan x mudah hancur, sesuai dgn cuaca kat tempat sejuk agaknya..
kat mana maz dapat bunga ni? maz x beli.. maz petik jek... hehehe... skarang ni musim bunga di Manchester, so mmg bunga2 sedang mekar berkembang time ni. bunga ni tumbuh kat depan laman rumah time ester baru ni... apa lagi, maz kerat sume..buh dlm pasu... mmg shanteekkkk..... tamak betol la kan?... x pe la, spring tahun depan dia leh buat proses pendebungaan ...hehehe
haa ni sekuntum maz punya.. letak dlm gelas kat dlm bilik tido.. wat teman layan tenet hehehe.. ada 8 kuntum sume, 1 fida amik dan satu lagi boss amik, potong betol laaa.. tp dah dia yg nampak dulu... cisssss
yang ni masa hari kedua maz amik .. kelopak tulip kembang sket...
yang ni dia dah semakin terbuka kelopak dia.. kagum tengok hehehe.. tp kan dia kembang malam jek.. esok paginye dia kuncup balik mcm hari kedua maz petik .. ermmm dia purak2 le tuuuu....
yang ni dah mekar sekuntum... ermmmmm sweet~~ ini hasil selepas genap 5 hari maz petik .. hehehe x tau laa bape lama dia leh tahan... nanti maz bgt .. :D
ini yg paling kembang, baru jek amik .latest nih... kembang kan?