28.2.09

~ Tiada Noktah Cinta [sinopsis] ~

Tiada noktah cinta.. maknanya cinta yg tetap kekal dan utuh tanpa ada noktah.. Ni kisah cinta dr ofis antara bos dan staf. Daniel dan Fitrah suka sama suka tapi, hubungan cinta diorang ni x selancar besa kerana Fitrah menyimpan kisah gelap dlm hidupnya.. semua org mesti pernah membuat kesilapan kan.. andai dapat di undur masa, mmg maz sendiri nak betulkan semua salah silap yg pernah kita buat... tp tu lah..
Daniel ni pulak bersungguh2 dan ikhlas mencintai Fitrah walaupun keadaan Fitrah yg malang.. haihhh.. cemana nak memiliki aura mcm Fitrah ni ekk?? hurmmm.... kena ada rupa tu wajib ada.. tp tu lah yg maz xde kekekeke.. Daniel ni pulak kena kawin ngan Dayah, sepupu dia sbb ayah dia suruh .. ermm.. x best langsung bermadu nih.. ceehhh... tp akhirnya kisah yg sebenar terbongkar... nama Fitrah dpt dibersihkan... dan akhirnya Daniel menjadi milik Fitrah seorang.. owhhh.. baru lah besttt~
Cite ni xde yg lucu dan boleh buat Maz gelak.. tp senyum tu ada laa...

27.2.09

~ diari boboi 1 ~




















Salam.. salam ....
tu tangan sapa yg banyak bulu tuuu..
oooo tangan boboi..
sapa pulak yg empunya jari yg comey tuuuu...
oooo mazida yg punyaa... caya.. caya...

















ecey.. ecey... aksi boboi yg sukar dilupakan ...
/me gegek tangan boboi..


















haaaa.... tadi jari, ni kepala pulak...
yg kiri yg banyak bulu tu sapa??
oooo boboi ensem...
yg pakai tudung nan ayu tu sapa pulak gerangan??
ooooo tu tuan boboi.... baru tau~~

















Boboi : ni gambar kenangan bersama didi tuan saya.. tuan saya selalu acah nak pukul saya dengan didi bila saya mencakar tepi katil.. tp saya tau, dia x kan pukul betul2 sbb tuan saya sayang gile kat saya..


















cuba teka.. apa yg boboi tengah buat tu??
ssshhhhhh boboi ngah skodeng awex yg lalu belakang umah..
tu port paling baik sbb pintu tu kaca huhuhuhu
/me cubit perut boboi.. gataiiii~~














POSTED BY MAZIDA

24.2.09

~ CINTA & KAWAN ~

Suatu hari cinta & kawan berjalan dalam kampung...
Tiba-tiba cinta terjatuh dalam telaga... Kenapa??
Kerana cinta itu buta.. Lalu kawan pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??
Kerana... kawan akan buat apa sahaja demi cinta !!
Di dalam telaga cinta hilang... Kenapa??
Kerana... cinta itu halus,
mudah hilang kalau tak dijaga,
sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa?? Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...kan ??
so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....

23.2.09

~ Horizon Cinta [sinopsis]

Horizon Cinta memang kisah yg agak menarik sbb heronya seorang lelaki melayu beragama Islam dan heroinnya berdarah cina kacukan. Isu agama bukan permasalahan utama konflik cerita ni tetapi perasaan individu dan juga keadaan sekeliling. Berlatar belakangkan kehidupan seorang pelaut, E-zo bertemu dgn pasangannya Zara di atas kapal. Si cantik manis yg diberi gelaran Biskut Marie. Plot mmg baik dan tema cerita sempurna cuma, suntikan humor dlm cerita ni kurang menjadi.. maklum laa.. Mazida ni suka yg kelakar hehehehehe... apa pun, Umi Azrini, tahniah utk novel kedua ni.. tp Maz prefer yg first .. best!!

Plot paling best:
masa E-Zo selamatkan Zara dr kebakaran... ada ke disembur dgn pemadam api, pastu report kata Zara histeria...kekekeke

Quote plg best:
Aduhai, biskut Marie...

14.2.09

13.2.09

~ Wanita cantik vs wanita sederhana ~

Kalau wanita cantik pendiam
Lelaki akan cakap: woow, ayu giler…
Kalau wanita sederhana pendiam
Lelaki akan cakap: eleh sombong.. perasan cun.…
Kalau wanita cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: nobody’s perfect
Kalau wanita sederhana berbuat jahat
Lelaki akan cakap: memang…..tengok muka pon dah tau!
Kalau wanita cantik jadi tomboy
Lelaki akan cakap: alah.. kalo pompuan .. pompuan juga
Kalau wanita sederhana jadi tomboy
Lelaki akan kata: dia ni x tengok cermin k?…
Kalau wanita cantik dapat pakwe hensem
Lelaki akan kata: sesuai la deme berdua…
Kalau wanita sederhana dapat laki hensem
Lelaki akan kata: mesti wanita tuh kaya!
Kalau wanita cantik ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau wanita sederhana ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: dah ko tuh x reti nak jaga muka…
Kalau wanita cantik penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
Kalau wanita sederhana penyayang binatang
Lelaki akan cakap: biarlah dia.. tuh jer peluang…
Kalau wanita cantik naik bas
Lelaki akan cakap: isk.. kenapa laa dia x jadi makwe aku?
Kalau wanita sederhana bawa BMW
Lelaki akan cakap: err bapak dia punya ke tuh?…
Kalau wanita cantik tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau wanita sederhana tak mau bergambar
Lelaki akan kata: hurmmm x per laaa…
Kalau wanita cantik ajak lelaki minum
Lelaki akan cakap: ini barulah open dan mesra
Kalau wanita sederhana yang ajak minum
Lelaki akan cakap: xper.. besa I minum kat rumah ajee..
Kalau wanita cantik bersedih hati
Lelaki akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau wanita sederhana bersedih hati
Lelaki akan kata: perempuan, nangis jer yang tau …

p/s: Alhamdulillah~

~ KITA ~

Ada hati mula resah..
Dalam rindu yang tak sudah..
Ada rindu mula berputik..
Dalam diam tanpa bicara..
Ada bicara mula berbisik..
Dalam lahar yang membuak-buak..
Lantas sedari itu..
Ada kisah yang berakhir..
Dalam samar kepastian..
Kisah yang mewatakkan kau dan aku..
Hikayat lara ceritera kita..
Riwayat ceria tentang kita..
Ikatan semurni persahabatan..
Simpulan seikhlas persaudaraan..
Lalu kita telah pergi..
Meninggalkan diri kau dan aku..
Mengikut haluan tersendiri..
Tiada lagi ikatan bersemi..
Maka di situlah..
Segalanya mati..
Walau masih ada hati..
Tapi hibanya sering meratap..
Lalu tertutup segala kemaafan mutlak..
Melenyapkan semua gembira hidup ini..

Hasil Karya seorang sahabat di TS

~ Tak Usah ~

Tak usahlah sebut pasal cinta jika anda tidak sebenar-benarnya mengambil kisah.
Tak usahlah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hati anda.
Tak usahlah menunjuk ke dada, jika anda berhasrat melukakan hati pasangan anda.
Tak usahlah sebut cinta abadi jika ada di hati anda untuk berpisah.
Tak usahlah memandang matanya jika anda berbohong kepadanya.
Tak usahlah sebut hello jika kelak anda mengucapkan selamat tinggal.
Tak usahlah katakan dia satu-satunya, jika ada orang lain di sisi.
Tak usahlah kunci hatinya, jika anda tiada anak kunci untuk membukanya kelak.
Tak Usah

10.2.09

~ Untuk Mu ~

Kepada yg masih SINGLE...Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.

Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN...Cinta bknnya mencari seseorang yg "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...Jgn katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tdk benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

Kepada yg PATAH HATI...Sakit... patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA...Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.

Kepada yg ingin MENGUASAI...Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.

Kepada yg takut MENGAKUI...Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI...Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak utk dicintai olehmu.... Biarkan dia pergi dan lupakan saja dia.... carilah cinta yg BARU!

9.2.09

~ 21 reminders ~

PERTAMA.Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

KEEMPAT.Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH.Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KELAPAN. Percayailah cinta pandang pertama.

KESEMBILAN.Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS.Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.Berpeganglah kepada tiga R:Rasa hormat pada diri sendiri;Rasa hormat kepada orang lain;Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda.

KELAPANBELAS.Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATUAda ketikanya anda perlu bersendirian.

8.2.09

~ Mulanya Satu Cinta [sinopsis] ~

Maz nak cerita tentang sebuah novel yg ditulis oleh Rose Harissa dr Alaf21- Mulanya Satu Cinta

Jarang Maz membaca novel yg berkisar tentang kesetiaan dan hati budi seorang lelaki. Mungkin x banyak contoh baik yg ditunjukkan dlm dunia nyata menyebabkab kurang sekali kisah lelaki yg begini ditulis. Ezli digambarkan sbg seorang duda beranak satu yg tabah dan setia orangnya. Masih x berkawin setelah 7 tahun kegagalan rumahtangga semata2 mahu memberi yg terbaik kpd anaknya Afizan.

Iryanie pula gadis yg memiliki sifat2 keibuan yg ditakdirkan untuk berjodoh dgn Ezli. Diorang berdua ni jumpa secara kebetulan dlm kes kemalangan apabila Yanie melanggar kereta Ezli dr belakang. Pertemuan yg xsengaja ni dijodohkan lagi dengan Yanie diambil bekerja oleh ibu Ezli sbg pengasuh kpd cucunya. Memang seronok baca kisah diorang masa awal2 sbb lucu dan comel. Last2 diorang jatuh cinta.. tp byk rintangan yg dihadapi antaranya, perebutan hak milik Afizan oleh ibu kandungnya dan paling sedih bila Yanie telah dikahwinkan secara paksa oleh ayahnya. Tapi, cite ni mmng best sbb akhirnya mereka dapat bersama.. owhhh.. so sweet ( besa lah) . Tapi cite ni mmg best dan x rugi lah kalo beli......

Quote yg paling best :

I am a man of my words~for me words without actions are nothing. And promises without fulfillment are bullshit! ~ Eddy Ezli

Scene paling touching:

Di tasik, bila Ezli berjaya menjejak Yanie yg berbulan menyembunyikan diri selepas bercerai. Hari tu harijadi Yanie, so sbg surprise, Ezli miss call Afi supaya dtg dekat dgnnya dan wish birthday. Wishnya ialah,

tiba-tiba Ezli dan Afizan sama-sama berdiri tegak di hadapan Iryanie. "Kami berdua nak serahkan diri kami sebagai hadiah seumur hidup untuk mama!"

Touching nyeeeeeeee~~ sob sob..

Maz nangis errr banyak kali jugak laa baca kisah ni.. mmg selalu nangis kalo baca novel.. nape ntah huhuhuhuhu....

so, selamat membaca~

~ siapa saya ~

Bismillah~~
Ini hari pertama Maz ada blog.. so, mula2 sekali kena buat apa?
err pas baca bismillah kena la buh gambar sket kan.. yg comey2 gitu.. Maz suka gambar budak kecik ni.. sesuai ngan jiwa Maz hik2..
So, ini lah gambaran Mazida errr paham kee?? ntahlah..








Ni sapa? haaaa ni laa Mazida aka Hamidah hik hik hik~






Kenang-kenangan dgn abah Raya Puasa 2008 ... gambar mak mana? aisehhh...









Gambar awek mana lak sesat nih?? ooooo laaaa yaya rupenyer.. sori laaa makcu wat2 x perasan jek tadi hehehhe... demo wat ketupat? reti keeee ?? hahahaha










ni gambar adik Maz di hari persandingannya pd bulan Dec 2008.. tahniah Izan dan pasangannya mazlan.. semoga sentiasa diberkati Allah hendaknya.. ameen~

psttt.. next gambar Maz pulak.. ameen~~~